
Mengapa? Kerana Indikator adalah penipu! Tentu saja kadang-kadang anda mungkin untung, tetapi selalunya akan rugi. Mengapa? Kerana tidak semua orang menggunakan MACD dengan cara anda, tidak semua orang menggunakan Stochastics atau RSI. Saya yakin untuk menjadi pedagang forex yang berkesan dan hebat, anda harus melihat pada apa yang majoriti pedagang forex lihat atau pakai. Jadi, apa yang kebanyakan pedagang forex lihat-pakai? Support dan Resistance! Hampir setiap sistem di luar sana menggunakan Support dan Resistance. Support dan Resistance adalah Indikator nombor 1 kita. Jadi, mengapa tidak menggunakan Support dan Resistance sebagai sistem perdagangan forex anda?! Tandakanlah beberapa level Support dan Resistance dalam sebuah carta menggunakan time frame 1 jam dan ke atas (ini adalah apa yang pedagang forex terbesar di dunia gunakan dan merekalah yang menggerakkan pasaran) dan lihat apa yang terjadi! Guna info lain yang majoriti pedagang forex gunakan HANYA sebagai confluence (pertemuan/persetujuan); Market Profile levels, Pivots, Fibonacci and Volume.
Dalam banyak kes, terbukti level Support dan Resistance boleh membantu pedagang forex menangkap puncak (top) / bawah (bottom)! Mengapa? Kerana level Support dan Resistance adalah tahap yang paling banyak digunakan sebagai alat perdagangan forex! Setiap orang, daripada Hedge fund dan bank-bank, ke pedagang kekecilan menggunakan level Support dan Resistance.
Mungkin anda susah sangat meninggalkan sistem yang anda gunakan sekarang, jadi mengapa tidak menggunakan level Support dan Resistance ini sebagai satu panduan bersama dalam sistem/strategi perdagangan forex anda!
Sumber Artikel: EzineArticles.Com
0 comments:
Post a Comment