Featured Post

JPfx Trading System

Setelah mencuba berbagai sistem dan teknik mendagang Forex, akhirnya cara JPfx Trading System adalah cara sistem dagangan Forex yang a...

Wednesday, December 30, 2009

Identify Wave 3 in Elliott Waves

Elliot Waves berkait rapat dengan Fibonacci di mana Elliot Waves adalah serangkaian gelombang dalam pasaran bull, bear atau hawk. Gelombang selalunya berulang seperti fraktal. Satu gelombang terdiri daripada 5 bahagian. Masing-masing bahagian terdiri daripada sebuah Elliot Waves (gelombang dalam gelombang seperti fraktal).

Bagaimanakah mengenalpasti Wave 3 dalam Elliott Waves?

1. Pertama sekali, kenal pasti Retracement pertama.
2. Kemudian perluaskannya dengan Fibonacci Expansion.
3. Tandakan Fibonacci Expansion itu.

Expansion ini akan menunjukkan Wave 3 Elliott Waves iaitu yang terbesar daripada semua 5 gelombang di dalam tren.

Kemudian kenalpasti 5 gelombang dalam gelombang ketiga.

Apa itu Fibonacci Expansion?

Fibonacci Expansion adalah indikator yang digunakan untuk mengenalpasti gelombang ketiga dari sebuah gelombang Elliott dan pada saat yang sama mengenalpasti Support and Resistance.

Sunday, December 27, 2009

Indikator Penipu, Gunalah Support & Resistance

Ramai pedagang yakin bahawa untuk berjaya, anda perlu banyak indikator dalam dagangan forex. Saya di sini mengatakan bahawa berdagang forex sebagai sumber pendapatan konsisten tidak harus menyakitkan ataupun sukar. Saya telah bertemu ramai pedagang forex dengan menggunakan setiap indikator yang ada di dunia ini, dengan bertahun dan berjela-jela latihan, tetapi selepas menghabiskan ribuan $ pun MASIH tidak membuat pendapatan yang konsisten.

Mengapa? Kerana Indikator adalah penipu! Tentu saja kadang-kadang anda mungkin untung, tetapi selalunya akan rugi. Mengapa? Kerana tidak semua orang menggunakan MACD dengan cara anda, tidak semua orang menggunakan Stochastics atau RSI. Saya yakin untuk menjadi pedagang forex yang berkesan dan hebat, anda harus melihat pada apa yang majoriti pedagang forex lihat atau pakai. Jadi, apa yang kebanyakan pedagang forex lihat-pakai? Support dan Resistance! Hampir setiap sistem di luar sana menggunakan Support dan Resistance. Support dan Resistance adalah Indikator nombor 1 kita. Jadi, mengapa tidak menggunakan Support dan Resistance sebagai sistem perdagangan forex anda?! Tandakanlah beberapa level Support dan Resistance dalam sebuah carta menggunakan time frame 1 jam dan ke atas (ini adalah apa yang pedagang forex terbesar di dunia gunakan dan merekalah yang menggerakkan pasaran) dan lihat apa yang terjadi! Guna info lain yang majoriti pedagang forex gunakan HANYA sebagai confluence (pertemuan/persetujuan); Market Profile levels, Pivots, Fibonacci and Volume.

Dalam banyak kes, terbukti level Support dan Resistance boleh membantu pedagang forex menangkap puncak (top) / bawah (bottom)! Mengapa? Kerana level Support dan Resistance adalah tahap yang paling banyak digunakan sebagai alat perdagangan forex! Setiap orang, daripada Hedge fund dan bank-bank, ke pedagang kekecilan menggunakan level Support dan Resistance.

Mungkin anda susah sangat meninggalkan sistem yang anda gunakan sekarang, jadi mengapa tidak menggunakan level Support dan Resistance ini sebagai satu panduan bersama dalam sistem/strategi perdagangan forex anda!

Sumber Artikel: EzineArticles.Com

Friday, December 18, 2009

Using STOPS Effectively by Sunil Mangwani




Sunil Mangwani dalam artikelnya, Using Stops Effectively, untuk melindungi modal daripada kerugian teruk menggariskan cara meletakkan Stop Loss dalam dagangan Forex dengan menggunakan Formula Pivot Points.

Sebelum itu...

Beliau menegaskan bahawa seorang pedagang Forex harus menerima kerugian dalam dagangan Forex, dan ini TIDAK dapat dielakkan. Namun sebagai pedagang Forex yang hebat, berjaya dan bergaya, tahu mengurus dan mengawal kerugian itu.

Oleh itu, pentingnya seorang pedagang Forex punya polisi pengurusan kewangan yang baik untuk mengurangkan risiko kerugian dalam dagangan Forex. Hal ini mungkin aspek yang paling penting dalam dagangan Forex, namun yang sedihnya, ramai yang tidak mengendahkannya.

Jadi untuk anda memahami, betapa pentingnya Stop Loss dibuat dengan efektif dalam dagangan Forex, saya cadangkan anda baca artikel penuh topik Using Stops Effectively oleh Sunil Mangwani.

Monday, November 30, 2009

Kurikulum Sekolah Belajar Forex

Juga dikenali sebagai Kurikulum Sekolah Pipsologi. Saya rasa ini adalah satu tempat belajar forex yang cukup lengkap dan komprehensif bagi orang baru dalam mencari ilmu 'Apa itu Forex'. PERCUMA pula tu. Kurikulumnya dari A ke Z, Tadika ke Kolej.

School of Pipsology Curriculum:

Pre-schoolForex Basics
ELEMENTARY SCHOOL
KindergartenTypes of charts
1st GradeJapanese Candlesticks
2nd GradeSupport and Resistance, Trend Lines, and Channels
3rd GradeFibonacci
4th GradeMoving Averages
5th GradeCommon Chart Indicators
Bollinger Bands, MACD, Stochastics, RSI, and Parabolic SAR
MIDDLE SCHOOL
6th GradeOscillators and Momentum Indicators
7th GradeImportant Chart Patterns
8th GradeForex Pivot Points
HIGH SCHOOL
9th GradeMultiple time frames
10th GradeElliott Wave Theory
11th GradeCreate Your Own Trading System
12th GradeMarket Hours - Know When to Trade
13th GradeMoney Management
14th GradePlan Your Trade and Trade Your Plan
COLLEGE
Multiple Trading Personality Disorder
Trading News
Market Sentiment
U.S. Dollar Index
Carry Trade
The Lazy Forex Trader's Way to Riches
Be a Forex Trader, Not a Forex Sucker
The Number One Cause of Death for Forex Traders
Commodity Currencies
Currency Crosses
Divergence Trading


Sumber > http://www.babypips.com/school

Friday, November 27, 2009

Open Position 20091127


Ini adalah Open Position yang masih dalam untung hari ini. Lihat Stop Loss itu. Itu adalah stop Loss yang telah diubah dari SL asal di 1.6695.Target Profit seperti yang tertera. Tetapi akan ku monitor dari masa ke semasa.

Oleh kerana position ini berdasarkan Time Frame H4, maka saiz lot adalah kecil, Stop Loss besar dan Target Profit pun besar. Dalam trade ini ratio SL dan TP ialah 1:1.5 tetapi bergantung kepada keadaan pasaran. Tunggu...

UPDATE:

Keputusan akhir trade ini. Sebelum itu. Mengikut gerakan graf, patutnya saya boleh untung lebih 2oo pips tapi tidak menyentuh TP yang dibuat. Mau lebihlah konon. Saya nampak 200++ pip itu, tapi saya tidak close. Sayang seribu sayang. Tapi inda pa. Close pada harga yang untung juga walaupun sikit. Pengajaran...

Thursday, November 26, 2009

Profit Trading 20091126


Lagi satu keputusan trade yang untung.

Pair: GBPJPY
TF: H1
Sales Order: 146.00 (tapi hit at 145.99)
Target Profit: 144.76 ( - spread )
Stop Loss: 147.17 ( + spread )

Result: Profit 123 pips @ 0.21 lot = USD29.82

Nota: Stop Loss di-set atas (sa pilih +spread) Swing High EMA5 shift5

Saaja... USD30/day x 20 trading days = USD600 x 3.5 = RM2,100:00

Fuiyoo!! Kalaulah seindah itu, semudah itu... Gua brenti kerja despatch ha.ha.ha.

EXTRA GRAF untuk trading hari ini. Pip hijau!

Wednesday, November 25, 2009

Profit Trading 20091125


Bila setting Forex ini dipenuhi, trading ini diambil. Bernasib baik, untung. Untung 50 pip @ 1 lot mini = USD56.97

Tuesday, November 24, 2009

Keuntungan Forex Hari Ini


Keuntungan Forex hari ini cuma untung USD14.19. Sistem Forex ini digunakan untuk trading ini. Pair EURUSD. Time Frame M15.

Entry (Buy Stop) : 1.4937
Stop Loss : 1.4906 (31 pips)
Target Profit: 1.4970 (33 pips)
Lot: 0.43 mini lot

Result: PROFIT 33pips = USD14.19

Monday, October 12, 2009

About

Blog ini mengenai perjalanan saya dalam Forex Trading. Untung atau rugi, belakang kira.

Dalam blog ini, akan saya kongsikan teknik-teknik perdagangan Forex yang menguntungkan oleh pakar-pakar Forex yang lain. Juga keputusan-keputusan perdagangan secara peribadi oleh saya.

Perkongsian idea oleh otai-otai juga amat dihargai. Begitulah buat masa ini...

Thursday, October 1, 2009

Contact Me


















Please leave your 'green' comment or suggestion on the comment section.

However it will all subject to Approval. 


Thank You :-)


 
Copyright © 2010 Gua Forex All rights reserved