Featured Post

JPfx Trading System

Setelah mencuba berbagai sistem dan teknik mendagang Forex, akhirnya cara JPfx Trading System adalah cara sistem dagangan Forex yang a...

Wednesday, December 30, 2009

Identify Wave 3 in Elliott Waves

Elliot Waves berkait rapat dengan Fibonacci di mana Elliot Waves adalah serangkaian gelombang dalam pasaran bull, bear atau hawk. Gelombang selalunya berulang seperti fraktal. Satu gelombang terdiri daripada 5 bahagian. Masing-masing bahagian terdiri daripada sebuah Elliot Waves (gelombang dalam gelombang seperti fraktal).

Bagaimanakah mengenalpasti Wave 3 dalam Elliott Waves?

1. Pertama sekali, kenal pasti Retracement pertama.
2. Kemudian perluaskannya dengan Fibonacci Expansion.
3. Tandakan Fibonacci Expansion itu.

Expansion ini akan menunjukkan Wave 3 Elliott Waves iaitu yang terbesar daripada semua 5 gelombang di dalam tren.

Kemudian kenalpasti 5 gelombang dalam gelombang ketiga.

Apa itu Fibonacci Expansion?

Fibonacci Expansion adalah indikator yang digunakan untuk mengenalpasti gelombang ketiga dari sebuah gelombang Elliott dan pada saat yang sama mengenalpasti Support and Resistance.

Sunday, December 27, 2009

Indikator Penipu, Gunalah Support & Resistance

Ramai pedagang yakin bahawa untuk berjaya, anda perlu banyak indikator dalam dagangan forex. Saya di sini mengatakan bahawa berdagang forex sebagai sumber pendapatan konsisten tidak harus menyakitkan ataupun sukar. Saya telah bertemu ramai pedagang forex dengan menggunakan setiap indikator yang ada di dunia ini, dengan bertahun dan berjela-jela latihan, tetapi selepas menghabiskan ribuan $ pun MASIH tidak membuat pendapatan yang konsisten.

Mengapa? Kerana Indikator adalah penipu! Tentu saja kadang-kadang anda mungkin untung, tetapi selalunya akan rugi. Mengapa? Kerana tidak semua orang menggunakan MACD dengan cara anda, tidak semua orang menggunakan Stochastics atau RSI. Saya yakin untuk menjadi pedagang forex yang berkesan dan hebat, anda harus melihat pada apa yang majoriti pedagang forex lihat atau pakai. Jadi, apa yang kebanyakan pedagang forex lihat-pakai? Support dan Resistance! Hampir setiap sistem di luar sana menggunakan Support dan Resistance. Support dan Resistance adalah Indikator nombor 1 kita. Jadi, mengapa tidak menggunakan Support dan Resistance sebagai sistem perdagangan forex anda?! Tandakanlah beberapa level Support dan Resistance dalam sebuah carta menggunakan time frame 1 jam dan ke atas (ini adalah apa yang pedagang forex terbesar di dunia gunakan dan merekalah yang menggerakkan pasaran) dan lihat apa yang terjadi! Guna info lain yang majoriti pedagang forex gunakan HANYA sebagai confluence (pertemuan/persetujuan); Market Profile levels, Pivots, Fibonacci and Volume.

Dalam banyak kes, terbukti level Support dan Resistance boleh membantu pedagang forex menangkap puncak (top) / bawah (bottom)! Mengapa? Kerana level Support dan Resistance adalah tahap yang paling banyak digunakan sebagai alat perdagangan forex! Setiap orang, daripada Hedge fund dan bank-bank, ke pedagang kekecilan menggunakan level Support dan Resistance.

Mungkin anda susah sangat meninggalkan sistem yang anda gunakan sekarang, jadi mengapa tidak menggunakan level Support dan Resistance ini sebagai satu panduan bersama dalam sistem/strategi perdagangan forex anda!

Sumber Artikel: EzineArticles.Com

Friday, December 18, 2009

Using STOPS Effectively by Sunil Mangwani




Sunil Mangwani dalam artikelnya, Using Stops Effectively, untuk melindungi modal daripada kerugian teruk menggariskan cara meletakkan Stop Loss dalam dagangan Forex dengan menggunakan Formula Pivot Points.

Sebelum itu...

Beliau menegaskan bahawa seorang pedagang Forex harus menerima kerugian dalam dagangan Forex, dan ini TIDAK dapat dielakkan. Namun sebagai pedagang Forex yang hebat, berjaya dan bergaya, tahu mengurus dan mengawal kerugian itu.

Oleh itu, pentingnya seorang pedagang Forex punya polisi pengurusan kewangan yang baik untuk mengurangkan risiko kerugian dalam dagangan Forex. Hal ini mungkin aspek yang paling penting dalam dagangan Forex, namun yang sedihnya, ramai yang tidak mengendahkannya.

Jadi untuk anda memahami, betapa pentingnya Stop Loss dibuat dengan efektif dalam dagangan Forex, saya cadangkan anda baca artikel penuh topik Using Stops Effectively oleh Sunil Mangwani.
 
Copyright © 2010 Gua Forex All rights reserved